Friday, November 18, 2011

Tanah Runtuh!!

Assalam sume

ekoran kejadian hujan lebat yg berlaku ahad lepas,Kg Baru Changkat Jong telah dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yg telah merosakkan hampir sume rumah2 yg terletak di atas kawasan bukit termasuklah rumah den..(da mcm baca berita pulak kan)..hehehe..oopss..serius balik.syukur la dlm kejadian tanah runtuh tu rumah sy tak mengalami sebarang kerosakan serius..cuma bahagian belakang rumah yg rosak..dan lebih bersyukur sbb tiada kehilangan nyawa yg dilaporkan..tok gambaran lebih jelas,jom tgk laporan berita harian kt bawah ni..

Tanah runtuh ancam penduduk
Oleh Abu Bakar Al Sidek
bhnews@bharian.com.my
2011/11/17

AHMAD  (kanan) menunjukkan tanah runtuh yang mengakibatkan rumah milik  Raja Anuar (kiri) rosak teruk.

Penghuni bimbang bukit tiada penahan cegah runtuhan landa rumah 

TELUK INTAN: Penghuni 11 rumah di Kampung Baru Batu 9, Changkat Jong di sini, hidup dalam kebimbangan kemungkinan tanah runtuh yang hampir menimbus rumah mereka, Isnin lalu, akan merebak dan menjejaskan kediaman atau meragut nyawa penduduk.
Dalam kejadian jam 9 malam ketika hujan lebat Isnin lalu, tanah dari puncak Bukit Changkat Jong menggelungsur ke bawah lalu merempuh sebahagian dinding rumah hingga penduduk panik dan lari menyelamatkan diri.
Kejadian sama turut menyebabkan 15 rumah lagi dimasuki air hujan yang turun deras dari puncak bukit dan memasuki kediaman itu melalui tingkap, celah dinding dan pintu. Banjir lumpur turut menjejaskan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong termasuk kantinnya. Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan. 

Ketua kampung itu, Ahmad Nor, berkata kejadian tanah runtuh yang berlaku amat menakutkan mereka dan kini bimbang ia boleh menjadi tragedi yang meragut nyawa penduduk. 

Beliau turut mengesahkan kejadian dianggap terburuk kerana kejadian yang berlaku sebelum ini hanya membabitkan sebuah rumah penduduk. 

“Kedudukan puncak bukit yang mempunyai ketinggian 55 meter dari paras laut dikatakan tidak stabil berikutan tidak ada penahan untuk mencegah tanah daripada runtuh. Penduduk bimbang akan berlaku kejadian tanah runtuh yang lebih serius dan membahayakan penduduk jika hujan berterusan. 
“Sistem saliran tanah tanpa konkrit pula menjadi faktor mudah berlaku tanah berlumpur dan air hujan turun dengan deras dari puncak bukit sebelum memasuki rumah penduduk yang berada di lereng bukit,” katanya. 

Ahmad berkata, kira-kira 400 murid yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong yang terletak di lereng bukit itu juga terdedah kepada bahaya tanah runtuh sekiranya masalah berkenaan tidak ditangani segera pihak berkuasa. 

“Masalah ancaman tanah runtuh di kampung ini sudah beberapa kali dimaklumkan kepada pentadbir daerah termasuk kerajaan negeri tetapi tiada tindakan susulan diambil. 

“Saya tidak mahu apabila sudah berlaku kehilangan nyawa seperti beberapa kes yang berlaku di negara ini sebelum ini berulang di sini pula,” katanya. 

Seorang penduduk, Raja Anuar Mohd Suhadi, 41, berkata dia dan keluarga yang ketika kejadian berada di dalam rumah dan terperanjat apabila mendengar bunyi dentuman kuat menghempap dinding rumah sebelum kediaman mereka dimasuki air berlumpur. 

“Saya dan isteri, Norhayati Daud, 45, sempat bertindak menyelamatkan perabot dan barang berharga di dalam rumah dari turut musnah. 

“Kami terpaksa berpindah dan menumpang tidur di sekolah agama rakyat berhampiran berikutan bimbang kejadian tanah runtuh susulan dan merosakkan bahagian rumah yang lain,” katanya. 

Sementara itu, seorang pekerja kantin SK Changkat Jong, Norhaslina Ramli, 28, berkata dia tidak menyangka hujan lebat boleh mengakibatkan kantin sekolahnya dipenuhi banjir lumpur. 

“Saya dan kakitangan kantin terpaksa membersihkan kantin. Saya bimbang tragedi sama boleh berulang dan mengancam nyawa 2,000 penduduk kampung,” katanya. 

No comments: